Followers

Monday, March 10, 2014

Persamaan Hanez Suraya, Anwar Ibrahim dan Kehilangan MH370


Bermacam-macam hal terjadi dalam Malaysia sejak kebelakangan ini. Daripada isu semasa ke isu hiburan dan sudah tentunya politik. Jom kita cuba lihat tiga isu yang paling mendapat perhatian.
























Isu berkaitan Hanez Suraya ni sebenarnya bukanlah enak sangat untuk ditatap atau begitu 'menghiburkan' untuk diikuti. Malah rata-rata peminat hiburan sekadar baca acuh tidak acuh gosip cinta artis tidak kiralah dengan siapa pun. Usik-usik kisah selebriti dengan VVIP, orang kenamaan atau another artis rasanya sekadar dipandang remeh oleh orang ramai. Malah bahan-bahan cerita macam ni yang selalu dijaja di dalam akhbar atau blog hiburan selalunya sekadar penyeri atau bahan bacaan tambahan. Kadang-kadang geli hati dengan jawapan artis bila berkaitan hal macam ini. Malah kita boleh nampak level IQ dan professional atau tidak dalam isu macam ni.

Bezanya kes Hanez Suraya bila dikaitkan dengan suami orang. Eh biasa sangat artis dikaitkan dengan suami orang atau menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga. Tetapi kronologi hal Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan ini menjadi bualan orang ramai bila ada sedikit twist - pasangan belum bercerai tapi dikatakan sudah berpisah. Liyana yang tampil di hadapan media membawa pelbagai cerita menyelongkar kisah sebenar di sebalik segala macam statement yang Hanez dan Romie sudah perkatakan.

Sampaikan blog popular Kak Merah atau Redmummy turut mengupas kronologi hubungan dan statement mereka. Kelassss Kak Red! Hahahaha

Biar apa pun yang terjadi, kita berharap masing-masing dapat move on dan bahagia dengan pilihan masing-masing. Buat Liyana, semoga tabah dan tahu ramai di belakang anda! Buat pasangan Hanez dan Romie harapnya terus kekal sehinnga ke jinjang pelamin, in sha Allah.






Sumber gambar MalaysiaKini

Anwar Ibrahim dan cerita politiknya seolah-olah tidak akan padam malah sentiasa akan diingati dalam lembaran sejarah politik Malaysia. Kisah beliau dan cita-citanya akan terus diingat oleh kedua-dua penyokong dan musuh politik. Bermacam jenis drama tercetus dek insan yang satu ini. 

Aku bukanlah penggemar atau pengikut beliau sebab walau apa pun beban yang dia tanggung aku percaya Allah letakkan bersebab! Dan Anwar Ibrahim terus kekal kuat melawan segala dugaan yang mendatang. Kekuatan beliau itu dari mana sumbernya? Allah sudah tetapkan mungkin ini ujian atau apa yang telah Dia berikan buat beliau. Tapi aku sangat kagum dengan isteri beliau iaitu Dr Wan Azizah. Disebalik kemelut politik si suami, beliau sentiasa mendapat perhatian dan sudah tentu sering kali dibandingkan dengan isteri Perdana Menteri. 




Beliau kelihatan sentiasa tabah, sentiasa mengukirkan senyuman tatkala melihat suami tercinta dihambat onak dan duri dari segala macam arah. Beliau adalah contoh isteri yang baik. Sentiasa ada di samping suami bila memerlukan. Apa sahaja yang anda tahu, kebenaran yang terselindung di balik jendela rumahmu, kamu kelihatan cukup bijak menyembunyikan hatta sekelumit rasa resah dan kekal membuatkan dunia kagum dengan ketabahan kamu. 

Andai kamu terbeban dengan apa jua cerita dan kebenaran yang kamu tidak boleh ceritakan demi maruah suami dan keluarga, kamu harus tahu dunia memerhatikan figura yang sentiasa tersenyum ini sebenarnya adalah bukan wanita yang lemah.





Tatkala kita bercakaran dengan isu Sodomy 2 yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim, timbul pula cerita berkaitan MAS. Bukan tentang isu Nasi Lemak Telanjang oleh Chef Wan tetapi akan misteri yang masih belum terungkai sampailah ketika entry ini ditulis. Kapal terbang MAS MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing China dengan tidak semena hilang....begitu sahaja.

Apa yang lebih menakutkan ialah pelbagai spekulasi dan andaian dibuat. Malah yang lebih 'jijik' ialah apabila ada mereka dalam dunia social media mengaku sebagai anak kepada salah seorang penumpang. Acc palsu tersebut berjaya menipu bukan sahaja Malaysia tetapi bahkan sebahagian dunia. Selebriti-selebriti dan orang ramai yang tertipu begitu marah sekali apabila tuan empunya gambar iaitu orang Philippine tampil membuktikan kebenaran.

Ke mana hilangnya pesawat yang besar ini. Bagaimana dengan keadaan mereka yang berada dalam kapal itu? Apa sahaja berlaku mari doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Semoga mereka selamat ke dalam pangkuan keluarga dan pelukan insan tersayang. Amin.






Dunia memerhatikan Malaysia dalam isu kehilangan MH370. Mereka juga menghulurkan bantuan, simpati serta doa yang tidak pernah putus. Moga Allah bantu kita dalam permasalahan ini.


Ketiga-tiga isu ini ada persamaan - iaitu memerlukan doa daripada anda agar hubungan yang terlerai atau mahu diikat berkekalan atau disatukan atas nama jodoh, agar kebenaran walau pahit macam mana pun akan dapat kita lihat bukan sahaja daripada mata kasar tetapi mata hati dan moga kita sentiasa teguh dalam perhubungan sesama manusia, sentiasa ada walau dalam saat getir dan sedih.












1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...