Followers

Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Tiket Bas Tidak Ada Bertingkek-tingkek!


Tidak pernah-pernah rasa susah payah balik kampung untuk beraya bila kena naik bas atau any other public transport. Sebabnya dah rancang perjalanan daripada awal dengan beli tiket cecepat sebagainya. Kalau beli lewat-lewat nanti sold out menangis tidak dapat balik raya. Heh.

Tapi nasib tidak berapa baik bila nak balik ke KL, tiket semua habis! Sadis betul. Kepala dah pening fikir macam mana nak balik. Siap google flight ticket tapi macam sendu je. Tapi akhirnya dapat pertolongan daripada member si Haze yang duduk dekat Seremban. Mintak tolong Cik As hantar ke Seremban.



Ni dekat terminal Seremban tu. First time ye datang sini. Berpusu-pusu orang berebut nak naik bas. Nasib baik lagi sekali tidak perlu naik pun bas dekat sini sebab Haze ambil area sini. So kita tengok je lah orang-orang ni. Thanks Cik As sebab tolong hantarkan sampai sini! :)




Haze bawak pergi rumah dia, and it was not my first time, sebelum ni  dah pernah datang waktu pergi cari Daging Salai Lemak Cili Padi dekat Restoran Raudhah, Seremban.

Kali ni kiranya datang beraya plus tumpang sekejap satu malam. hehehe. Terima kasih aunty n uncle sekeluarga bagi singgah. Kebetulan pulak ada makanan sedap-sedap waktu ini. Makanan semua tema juadah Hari Raya lah. Daripada lemang ke rendang bagai.



Puding ni cousin Haze buat. Sedap sangat!



Cornflakes ni pun cousin dia buat. Nampak biasa je? Cuba rasa satu, dua tiga empat tidak cukup! Cousin dia ni boleh masuk Master Chef Malaysia lah.





Black Coffee pekat. Minum waktu panas dengan kuih raya memang haeven!



Diorang panggil ni Cat's Tongue. Comel! Tapi sedap dimakan. Manis-manis gitu.



Kek Batik ni peneman kopi tadi. Haihhh sedap-sedap semuanya.



Siap ada kek Hari Raya!




Budak comel ni nama dia Baby Girl. Besar gilaaaaaaa ok! Umur dia 16 tahun. Dah tua nih. Sebaya dengan budak umur tingkatan empat! Macam manusia jugak, bila dah berusia ni memang nampak ler tabiat tua dia tuh. Dia suka duduk je. Dia dah tidak main terlompat-lompat sana sini. 



Ini pulak nama dia Witty Boy. Muda belia lagi berbanding Baby Girl. Comel n nakal. Sangat aktif n kuat jealous bila tengok orang bagi perhatian lebih dekat Baby Girl. Dia akan seboleh-boleh nak orang layan dia. Kalau kita lebihkan si Baby Girl nanti dia akan ngendap n kacau. 

Kucing-kucing ni tidak diberi keluar lepas sesuka hari. Witty Boy tu je pun yang beriya nak keluar sebab dia suka makan rumput. Ni kita bawak dia keluar kejap n tengokkan dia makan rumput. Comelnya lahaiiiii



Baby Girl tengah ejas-ejas nak duduk. Dia sakit lutut so lemah sikit nak gerak aktif nih. Dia akan ambil masa ye setakat nak duduk je pun. Comeyyyyy. Itu memang tempat fav dia katanya. 



Akhirnya! Duduk juga dia. Tengoklah sekali dia pose terus.  hahaha







Monday, April 15, 2013

Lembu-lembu Kesayangan :)

Siapa follow blog ni daripada tahun lepas n bukan recently mungkin tahu pasal si Cici nih. Gambar kat atas tu few months ago waktu dia baru lagi kt kat rumah ni. Waktu tu masih anak dara terang tang tang lah kiranya. 



Gugurl kesayangan ni. Waktu tu dia masih lagi boleh panjat naik atas bahu n tidur atas dada. Tapi sekarang no more lah. Apatah lagi since dia pregnant perut dia besar macam nak meletup! haha

Aku rasa budak sekor ni waktu dia datang rumah ni memang dah tak menyusu botol kot. Tak macam yang lain-lain macam Mochi, Kimchi n Pochi memang setiap hari melekat dengan aku sebab nak susu botol. Budak-budak lain tu kes sebab terpisah dengan mak-mak diorang waktu kecik so terpaksa jugak layan kerenah kasi susu botol setiap beberapa jam sebab masih belum boleh makan.

Seksa juga tahu! macam manusia juga, every few hours diorang akan bising lapar, nak susu lah tu maknanya. Even waktu pepagi buta or tengah malam. Heh.



Since dia bunting, perangai dia lain sikit. Mood dia memang kedaung swing jugak kadang-kadang. Masa awal preggy dia masih main dengan kucing lain. Aktif gila! Lari sana sini main kejar-kejar dengan yang lain-lain. Tapi bila perut dia dah makin besar, dia banyak tidur. Ni memang aku dah jangka.

Dia akan tidur mana-mana je dia nak. Pose terbongkang terlentang semua dia dah buat. Belakang pintu tu adalah fav spot dia.

Bila perut makin bulat, haaaaaa perangai dia pelik sikit. Dengan kucing lain dia memang menyampah sangat padahal diorang tu lah teman sepermainan dia. Kucing-kucing lalu je depan dia pun boleh kena terkam. Kalau tak cepat memang kena gomol gigit lah. Hahaha

Tapi dengan orang dia cukup manja. Tiap masa nak mengekor gesel-gesel dekat kaki.



Dia dah selamat pun lahirkan anak dia. Asalnya ada 5 tapi dua memang tak panjang umur. Keluar tengok dunia terus mati macam tu je. Tak sempat kering pun bulu dia. Tapi alhamdulillah yang tiga ekor lagi sihat gemuk-gemuk perut masing-masing sekarang.

Muka n bulu memang sebijik macam bapak diorang Si Gendut.



Oukeyh ni cerita pasal si Aaron n Miko pulak. Malas nak split buat dua entry so kita gabung je lah..hehe

Yang atas tu Miko. Diorang ni besarrrrrrrrr gilaaahhhhh!! Aku panggil diorang Baby Lembu. Hahaha 


Budak dua ekor ni antara paling senang jaga. Kau kasik je lah dia makan apa pun memang dia orang bantai aje makan. Aaron agak nakal sikit tapi manja. Nakalnya dia ni sampai wardrobe kain aku habis lunyai koyak rabak dia kerja kan (-.-)"

Kalau si Miko pulak dia jenis lembut je perangai. Dia suka duduk sorang-sorang tengok Aaron gesel-gesel dengan kita. Aaron kalau tengok in real life macam beruang! haha


Aaron tidur style terbongkang tak hingat dunia pepagi!



Tapi diorang dah tak ada kat sini. dah dihantar balik ke JB.



Fokus muka tu. Fokusss! dia geram ingat kita peluk2 nak kasi ubat. Heh. Orang nak snap letak kat Instagram lerrr

Gonna miss u two babies! Jangan noty-noty, jangan gaduh-gaduh ok :')




Saturday, March 2, 2013

Aaron and Miko : Lembu Comel ;)


Haluuuuuu. Sekarang ni bila dah weekend baru boleh bernafas sikit sebab cuti hujung minggu. Dapat lepaskan diri sekejap dari kerja-kerja kat office. Tapi I have started to like my job yang sekarang ni n yang paling best setiap hari ada je peluang belajar benda-benda baru. 

:)

Ouh ye, just to remind you guys kalau ada nampak gambar aku atau profile aku kekononnya join Maxis BOTS ke apa benda tu tolong JANGAN percaya. Itu FAKE. Tak tahulah siapa guna gambar aku untuk create account bodoh-bodoh macam tu. Ada ramai dah tanya pasal ni. Mostly budak perempuan yang kena tipu hidup-hidup berkapel dengan si fake itu. Sedih lah hidup korang ni yang 'pemalu' sangat sampai guna gambar orang lain bagai. 



Phewittttt! Ayam Bakar Wong Solo. Fav nih! Makan dengan JR. Dia datang pun sebab nak hantar kucing-kucing dia kat rumah sini. For the time being aku tolong jagakan si Aaron and Miko tuh. Kesian tahu. JR tengah stress nak uruskan banyak benda so I tolonglah sikit-sikit apa yang termampu. 



Then esoknya makan lagi tapi tambah sikit Udang Goreng Tepung. Bagi aku agak mahal lah kan sepinggan RM13.90 kot nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain. Tapi sesuailah dengan harganya. Sedap boleh tahan! Itu yang penting hehehe.



Miko n Aaron. Adik beradik budak dua ekor nih. Besar gilaaaaaaa!! Siapa ada tengok gambar diorang dekat Instagram aku tahulah betapa besarnya diorang ni. Kitorang panggil diorang ni lembu hahaha. Sangat bijak, comel even nakal.

Kalau balik kerja tengah penat stress bila tengok diorang ni terus hilang lelah. 

Gittuhhh.

Walaupun mau patah kepala lutut bila kena hantuk dengan kepala diorang time gesel-gesel kat kaki. Betapa beratnya diorang ni kalau depa join baring atas katil janganlah bagi naik atas dada or perut. Senak woi!







Tuesday, February 5, 2013

Trend Ambil Gambar Kucing Zaman Sekarang?


Aiyo apa ke halnya ni?! Kalau sebelum ni ada trend budak perempuan buat muka kekonon cute style duck face *walaupunnnnnn* sekarang ni ada gaya baru waktu snap gambar macam ni ke?

Kesianlah dekat kucing tu entah-entah menangis dia malam-malam. Trauma dapat tuan macam tuh (-.-)"

Cubalah ambil gambar kucing tu elok-elok senonoh sikit. Peluk senyum je bukan lah extreme sampai gini..haha gigit telinga lah, muka lah yang paling jijik cium bontot tu. Selekeh benor!!

Eh ada ke dalam kalangan korang yang ambil gambar dengan kucing or anak kucing macam ni? huhu



Sunday, January 6, 2013

Demi Cinta Dalam Hatimu ~~~


Pochi : Abang Bulu! selamatkanlah Pochi dari sangkar cinta ini wahai abang.

Bulu : Akan abang keluarkan kamu dari tempat ini. Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, ku tetap kau yang punya. Cehhh.



Pochi : Ahhhhhh Abang Bulu sungguh gagah berani panjat demi adinda. awwwww such a turn on!

Bulu : Kan abang sudah berjanji. Ini janji ditepati, bukan dicapati tahu.



Bulu : Eh terpeleot jatuh pula.

Pochi : Tidak mengapa Abang Bulu. Tiada siapa yang lihat. Manusia itu pun sedang leka mengunyah makanan tanpa henti.



Pochi & Bulu : Demi cinta dalam hatimu, ku yakin engkau untukku. Meski jejak pisahkan kita, cintakan bawa kembali padamu ~~~


Kehkehkeh. Cinta terlarang betul. Dorang buat drama ni dekat satu jam. 

Pagi waktu ni aku siap-siap berkemas nak balik JB. Kena balik sebab ada acara wajib dekat rumah nenek. Balik hari Isnin, esoknya ada majlis tahlil untuk arwah atuk. Balik semula ke KL hari Rabu. Kejap je.



Dah berapa tahun ni tiap kali depa buat majlis tahlil selalu aku tak dapat ikut sebab clash dengan jadual kerja. Tapi nasib baik kali ni dapat selit-selit sikit...hehe..lagipun ada Mak Lang balik dari Kedah. Susah wo nak jumpa kakak tersayang my mom ni sebab kat Utara sana dia duduk. Tapi walau jauh pun at least masih tahu tanggungjawab sebagai anak untuk sama-sama buat majlis ni. Mak Ngah pun ada dengan Dila. 

Nampak macam simple je majlis tahlil. Tapi kalau family kitorang yang buat hah selalunya sama besor scale persiapan macam untuk majlis tunang or kenduri kahwin...haha..nenek jenis yang sangat teliti setiap benda dia check ok. She has reputations to maintain. Pasangan nenek n arwah atuk boleh dianggap sangat famous dekat kampung-kampung terdekat situ. 

Apa yang kita harapkan majlis berjalan dengan lancar walaupun tak cukup kakitangan. heh.






Wednesday, December 12, 2012

Feeling sooooooo malas (-.-)


Pinjam muka Cici kejap.


Omaigod, kenapa rasa sangatlah malas nih! Bayangkan tahap kemalasan tu, sampai nak bangun daripada katil pun malas...haha

Nak makan lagilah malas, sebab gigi sakit giler! Been like this for few days. Mungkin gigi berlubang perlu tampal. Paling tak suka, bila nak tidur tak tenang sebab gigi buat hal berdenyut-denyut sakit. 

(>.<) sob sob.....

Bila dah malas, mood tak ade, kerja entah ke mana, blog pun menyampah nak tengok..hehe

Btw, kalau korang rajin tengoklah blogshop saya, ILoveblogshoppe. Kat situ ada handbags, kain ela, beauty/skincare products. Tapi untuk Tabita sorry ye, ilekkk sudah habis stok ;)

Nanti gigi dah sembuh, kita update lagi. Assalamualaikum~




Saturday, November 3, 2012

Sedikit Ole-ole Dari Jakarta dan Disneyland Hong Kong


Tak padan dengan badan yang makin gemuk n muka membulat besar, si Cici ni takut dengar bunyi-bunyi kuat macam guruh or mesin asap fogging tu. Kalau dia dengar memang mencicit lari bertempiaran.

This is gonna be just a simple entry, buat lite-lite je. Kalau hari minggu Sabtu Ahad tak ada sapa pun nak baca. I tahu habit korang ye! haaaaa dah kaji sikit-sikit semua tu.

Ada satu hari tu, bangun daripada tidur je rasa macam lapar sangat! Tersangat lapar sampai tahap nak masak maggie pun tak larat. Waktu getir macam tu imaginasi menerjah bestnya lahh kalau ada magic mcm Harry Potter, leh summon makanan bila kebulur!!

Over imaginasi kau Izz! 

Tapi masa tu memang kebulur sangat, plus gastric datang menyerang. Itu yang buat sakit. Tengah duduk kat sofa sambil tengok tv, fikir-fikir juga nak buat milo ke apa kan. Tetiba, ada orang mesej baru sampai dari Jakarta n guess what?? Dibawakkan makanan!! muahahaha heaven sangat.


Ada Roti Salmon, ada manisan sikit, ada tart nenas. Magashhhh sedap! Apatah lagi bila tengah lapar rasa bersyukur sangat :)




Lepas tu dapat pulak key chain Mickey Mouse ni. Dapat dari orang yang pergi Disneyland dekat Hong Kong katanya. 

Alhamdulillah ~

(^.^)




Friday, November 2, 2012

Menetekkan Anak-anak ;)



Pochi nampak montot!!! shame on u gurl heh

Bila ada kucing, maknanya ada tanggungjawab. Apatah lagi kalau ada yang masih kecik n tak ada emak. Macam diorang ni. Adik beradik ni dipisahkan daripada emak n adik beradik yang lain. Sebab diorang di'adopt' oleh orang yang berbeza. Kesian masih dalam tempoh nak hisap susu.

So dalam rumah tu siapa yang boleh bagi susu? jawapannya aku ler. Setiap hari nak kena netekkan budak-budak nih. Apa gelak-gelak? Ingat senang? Anak kucing pun macam budak kecik manusia tau. Tiap 4jam sekali mesti nak nyonyot puting tu, lepas makan pun nak susu jugak.

Plus yang meletihkan bila time malam-malam tengah nyenyak tidur diorang bising mengiau satu rumah nak susu. Ya rabbi! Terpaksa bancuh susu tengah-tengah malam, macam jaga baby manusia.



Kalau waktu siang memang diorang tahu port minum susu mesti kat sofa, aku pun amek kesempatan sambil bagi susu sambil tengok tv. Bijak kan? huhuhu



Pochi. Paling kecik sekali. Cer tengok muka dia layannnn dapat susu..haha



Diorang berebut juga sesama sendiri nakkan puting botol tuh. Depa berebut sesama depa, tangan kau yang kena cekau calar balar...sob sob sedih (T.T)



Alolo tomeyyy Kimchi! Ni sengih ke apa ni konpius aku. Suka lettew perut dah kenyang.



Apa yang bagusnya layan kucing ni, diorang sangat pandai n honest dalam menunjukkan perasaan sayang diorang dekat kita. Macam budak-budak ni, lepas dapat makan or minum susu mesti akan landing baikkkk punya baring sebelah kita. Itulah masa nak bermanja dengan diorang ni. Kalau stress sebab kerja or masalah, hilang terus bila usap bulu diorang. Ada orang kata, kalau stress cubalah usap bulu or badan kucing, pasti lega sikit.

(^.<)


Eh by the way nampak tak kulit saya tuh? itu baru bangun pagi tak cuci muka pun lagi. Ada orang kata nampak sihat, hasil Tabita ler tuh...hehe..aku pun pakai, dah makin ok. Jerawat tak ada, bekas-bekas jerawat dah pudar, kerak-kerak bulan pun hilang dah. Cubalah try, pasti suka :) Email atau sms contact terus untuk pertanyaan atau order.



Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday - Si Bulu :)




Saturday, October 27, 2012

Sambut Hari Raya Aidiladha Dengan Cici Cantik ;)


gambar di pagi raya Aidiladha 2012 *cium gomol-gomol Cici bayangkan dia rendah kihkih

Sadisnya nasib aku di perantauan dalam dua tahun nih. Last year tak dapat balik JB, tahun ni pun sama. Sesorang sambut Raya Aidiladha kat KL. Mula-mula fikir, alarhh sure ramai tak balik kampung mesti aku ada geng nak lepak-lepak, sekali tetiber?? Semua berangkut balik kampung memasing...hukhuk #sedih

Mama n nenek semua beraya dekat Kedah, rumah Mak Lang. Isu balik Raya selalu jadi masalah kalau dekat Malaysia ni. Sebab inilah masa untuk kita kumpul ramai-ramai dengan keluarga, dari situ akan lahir sweet memories dengan mereka ..cewahhhhh doktor falsafah wannnabe ker?

Selain tu, paling aku miss makanan waktu Raya. Memanglah makanan/juadah Raya tu hari-hari biasa pun boleh dapat. Kalau dekat area Bandar Permaisuri or Shah Alam pun, time petang-petang ramai je orang jual lauk-pauk cenggini. Fav aku Nasi Lemak tambah Rendang Ayam.

Tapi, perasaan makan lauk-lauk tu lain kalau kita makan waktu hari Raya. Sedapnya tu lain sikit...hehe

Tapi tak apa lah, masa Raya Aidilfitri hari tu dah puas makan kot. Untuk Aidiladha ni lebih kepada muhasabah diri mengingati pengorbanan ulul 'azmi Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Semoga kita dapat mencontohi dan memahami erti pengorbanan yang sebenar. Amin.

Sungguhpun tema Aidiladha tahun ni adalah : lonely harharhar sedeyyy! tapi aku masih senyum sebab ditemani oleh my fav gugurl, Cici yang begitu setia. Pagi-pagi buta dah terkam aku mintak makan. Alolo syomelll sangat.


Izz nak ucapkan, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog ni *walaupun dah lewat sehari kan :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...