Followers

Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Bayi MANUSIA dimasak/direbus ???



Sangat JIJIKKKKKKKK !!!  dan biadap teramat sangat....




First of all, Izz dapat pic ni dekat FB.  Cant even recall sapa yang post ni tapi masing2 duk share gambar nih which shows bayi manusia or may be they called it fetus from its state.  Correct me if im wrong perhatian kepada pakar2 kesihatan di luar sana.  Sama ada bayi tu dah diperingkat bayi atau masih fetus, yang mana rasanya peringkat fetus selalunya peringkat yang diorang buat pengguguran tu kan??


Rasa sedih dengan keadaan bayi tu dibuat sekian rupa.  Masak dengan cara direbus. Weyhhh korang sampai hati tak nak masak anak sendirik??  




Tengok cara masak tu herbanya macam cara masakan Cina. Entahlah...hurmmmm.....



Thursday, October 6, 2011

(Gambar) : Jijik Perangai Orang Gugurkan Kandungan n Buang Anak



Dalam 2hari lepas kecoh pasal isu orang campak bayi dari tingkat dua ye??  First of all Izz nak tujah muka yang buang tu begitu BIADAP lagi TAK BERTAMADUN punya manusia yang buat tuh.  Kau dah lah buat dosa berzina *(kalau betul dia bukan mangsa rogol etc) !!  Dah puaskan nafsu pastu bila ada benih terlekat mulalah gabra.  Lepas tu main campak sana sini bayi hasil nafsu serakah kau tuh.


Deyyyyy ramai pasangan suami isteri yang sah kat luar tuh tak bernasib baik tak dikurniakan anak.  Diorang tu bersungguh2 nak ada zuriat ok.  Tapi kau bila dah diberi walaupun atas sebab terlanjur tapi tak reti bersyukur n tambah dosa dengan bunuh pulak bayi tuh.


Manusia zaman purba pun jaga baby diorang tau sungguhpun tamadun masa tu tak moden macam sekarang.  Kalau pun tak nak baby tu macam lah tak boleh letak dekat tempat elok sikit macam masjid atau rumah orang sekalipun.  Bukan dicampak, dibaling ke dalam longkang,bakul sampah tu sume. 


Yang dekat atas tu pulak lebih kurang sama dahsyat.  Dengar citer itu lah cara pengguguran bayi.  Sungguh sadis dan menyayat hati !

Tuesday, September 6, 2011

Isu Petknode : Sayangilah HAIWAN wahai Manusia!!!


Ramai dekat FB kata bulu diorang ni putih bersih mulussss suci je nampak.  Yessss...kalau in real life korang tengok si Johnny tu memang bersih sangat bulu dia!  Aku duk ulang2 kata muka dia macam burung hantu dalam citer Legend of Guardians yang menatang Gahoole tu. Hahaha...


Bulu Johnny memang lagi panjang dari anak dia si Montel, tapi bulu Montel lebih lembut dari bapaknya.  Aku selalu geram walaweihhh dengan Montel sbb lembut kemain.


Actelli entry ni ada kene mengena dengan isu panas sekarang ni pasal Petknode.  Hari tu ada terbaca tweet seorang wartawan pasal ni.  Then dekat NTV7 ada jugak keluar related the same issue.  Owners kucing2 yang guna boarding service dekat situ buat pc pasal kucing2 yang dibiar kelaparan selama berhari2.  Siap ada yang mati!  Bayangkanlah tuan dia sedap2 makan ketupat dengan side dish Rendang Mak Tok ngan Kuah Kacang Power sambil terkumit2 teringat kucing memasing, rupa2nya kucing2 tu terbiar tak dibagi makan.  Biadap kan perkhidmatan boarding dekat situ??


Sangkar yang kecik dimuatkan sampai dua ekor kucing.  Mau nya kucing2 tu tak trauma sampai terberak melekat2 dekat bulu.  Kau ingat haiwan ni main campak dalam sangkar pastu biar jek?



Harga dah lah mahal!  


Hari tu ada jugak ingat nak guna boarding service for Raya dekat pet shop terdekat.  Tapi tak jadi sebab ada orang tolong jaga.  Yang bagusnya, pet shop area rumah Izz ni kita boleh nampak tempat kucing2 tu diletak.  Diorang pun slumber je bukak seluas2nya pintu tu.  Doktor dia pun baik peramah dengan customer.



Kalaulah kucing2 aku dibuat gaya gitu rupanya memang aku kejar sampai mati orang yang bertanggungjawab.  Mana sifat kemanusiaan korang?  Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad.  Ada orang kata, kalau pemilik kucing jaga betol2 dengan penuh kasih sayang insyaallah murah rezeki.


Monday, May 23, 2011

Aku Geli dengan Orang Selekeh Guna Tandas!!!


First of all, pic kat atas ni digunakan untuk entry kali ni..chantek sikit!!..takkan lah nak guna pic tandas dengan 'hasil buangan' kan?? nanti korang tak nak datang baca blog Izz ni lagi...huhu...geli katanya!


Ok lah....


Apa perasaan korang kalau masuk tandas yang kotor, penuh dengan tahi mahi?? hukhuk....mesti geli kan?? pastu mestilah ada bau yang kurang enak....yang menusuk hidung...kalau dapat yang kawww punya mampu meleleh air mata korang!


Tapi, bagi Izz lah kan...punca utama keadaan ni mestilah datang dari manusia yang gunakan toilet itu sendiri...manusia lah....tak kan Cik Nyet si Monyet or Cik Tompok si Kucing plak kan??


Pendapat saya ni lebih terarah kepada pengguna lelaki ye...kaum Adam yang susah benor nak jaga kebersihan!




teruskan membaca....

Sunday, May 22, 2011

3 Simple Ways To Know That Your Lover's Still Interested With Their EX...

Got it from FB...there are ways to know when actelli your lover is still interested with their ex...


Its easy!! sangat-sangat mudah sebenarnya....n kadang2 mungkin kita terlepas pandang....its ok, i juz wanna share with u guys


(^-^)


let's have a look at it....

Saturday, May 14, 2011

Video : Pelajar Cina Dibuli..!! Kesian tengok...


Kesian tengok budak perempuan Cina yang kena buli ni.....


Apa silap dia sampai diorang buat macam tuh?? n tak silap rasanya those girls yang kacau dia tu adalah classmates dia kan?


Tertanya-tanya jugak, kenapa sanggup buat macam tu....menangis meraung budak tu....dah lah kene hempuk-hempuk dengan buku, tebal pulak tu....kalau kepala korang dihentak macam tu suka tak??


Rambut budak perempuan tu pun siap kene gunting lagi dengan si pembuli-pembuli tu.. berangan nak jadik hairstylist lah ye?? aiyoooo.....manalah adab korang ni ek??


Tapi seperkara yang saya lega, nasib baik ni bukan kes buli interracial atau antara kaum...bayangkan kalau yang buli tu budak-budak Melayu, memang nak kena tarik rambut memasing sampai putus....!! I dont care...I hate bullies....


Biadap sangat!!


Daripada info, kes ni terjadi kat sebuah sekolah area Kuala Lumpur....benar atau tidak entahlah....


Mungkin pelajar tu adalah pelajar istimewa tapi korang tak ada hak nak buat dia macam tu...!!



Thursday, May 5, 2011

Harga Minyak Naik Lagi, Kita Pun Mula Salahkan Kerajaan

Dalam banyak-banyak jenis minyak, minyak apa yang sangat sensitif bagi masyarakat bumi Malaysia?? terutamanya bagi kaum Melayu?? adakah minyak masak??



Atau minyak lintah untuk lelaki?? hikhik....memulihkan kekuatan batin woooo!!!

'


Mungkinkah minyak dagu bagi tujuan menundukkan wanita yang diingini?? sesuai untuk mereka yang player..banyak skandal boleh dapat dengan mudahnya...tapi rosak binasalah iman korang nanti sebab pakai mandrem merepek2 cenggini



Sudah semestinya minyak untuk kereta lorhhh.....

Sangat sensitif kan??

I do not own a car, yet....don have a license either, yet...


So mungkin tak faham dengan beban yang drivers tanggung atau rasa...



Monday, May 2, 2011

Propaganda : Betul Ke Osama Bin Laden Mati??

Macam photoshop jekk???....

Sekarang ni tengah kecoh dengan berita kematian pengganas terkenal Osama bin Laden kan?

Dilabel sebagai No.1 World's Most Undesirable Man, Osama dituduh sebagai pengganas Islam yang melakukan serangan ke atas peristiwa 9/11 dulu....

Lepas 2001, imej Islam terus jatuh di mata masyarakat dunia....mungkin ada yang kata *elehhh...bnyak lagi nak kena fikir

Tapi bagi Izz ni sangat penting...jangan fikir Islam tu ada kat Malaysia je..sekarang kita rasa selesa kat sini...macam tak terganggu...tapi sedar atau tidak, dunia menuju ke akhir zaman dengan segala fitnah Dajal akan berleluasa...

Cakap pasal ni, Izz sendiri kurang faham dengan berita-berita
pasal fitnah Dajal akhir zaman, kemunculan Imam Mahadi dan Al-Masih Nabi Isa....correct me if Im wrong ye!

Terlalu banyak teori kita boleh dapat dari YouTube dan sebagainya...

Ada yang kata Imam Mahadi akan muncul dari sekian-sekian tempat...dari tembok putih sume tuh.....ada juga kata Imam Mahadi akan muncul dari kawasan Nusantara...hanya Allah yang tahu

Sedar atau tidak?? kenapa Tun Dr. Mahathir bersungguh-sungguh ajak rakyat Islam lindungi rakyat Islam Palestin terutamanya di Baitulmuqaddis/Jerusalem...runtuhnya Masjid mulia itu, akan muncul Solomon's Temple yang giat dijalankan Yah
udi untuk menyambut kedatangan Dajal...correct me if Im wrong!

Yahudi begitu memerangi Islam...dan ada hujah-hujah yang keluar mengatakan peristiwa 9/11...dalangnya ialah Yahudi dan AS sendiri...jangan terkejut, AS itu sendiri dikawal oleh tali-tali bangsa Yahudi...Dr. Mahathir sendiri percaya peristiwa itu
direka oleh mereka...

Cuba tengok sendiri, hasil runtuhan bangunan tu...agak sangsi itu runtuhan akibat rempuhan kapal terbang...elok cantik je dia jatuh waktu runtuh tu...pakar dari AS sendiri persoal runtuhan tu...

Sekarang ni, berita kematian Osama lepas diburu hampir lebih 10 tahun...tapi, tentera diorang hantar setakat 4buah helikopter katanya?? lepas serangan 40 minit, Osama dijumpai mati dalam kubu dia...dan dikatakan disemadikan di laut...

Agak mengganggu kenyataan tu....betul ke?? lepas dikejar satu dunia last-last macam tu je?? kenapa tak tunjuk satu dunia mayat Osama tu?? kot-kot letak kat museum seminggu ke....kannnn...

Macam mana pulak dengan kenyataan 'Osama' itu sebenarnya seorang agen Mossad dan CIA...berlakon untuk cemarkan imej Islam....entah-entah orang yang duk sembelih tahanan sambil laung-laung nama Allah tu pun cuma mainan depa kot....Allah je tahu...


Thursday, April 14, 2011

Kesian Atau Jijik Dengan Politik Malaysia?


Hurm...bukak sekejap page Yahoo! Malaysia pastu terjumpa artikel terbaru pasal the famous opposition blogger yang jugak merupakan editor n founder kepada MalaysiaKini..alarh, lidah kepada Pakatan Rakyat ler...


Artikel tu pasal Raja Petra Kamarudin yang bercakap dalam temu bual dengan TV3 kat Perth, Australia...amboiii...kelassss kan?? jauh benar merantau..


Dia berterus-terang dan tidak percaya PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak n wife dia, da famous big momma dan penaung kepada banyak kerja-kerja kebajikan kat Malaysia ni, Datin Seri Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan rakyat Mongolia , Atlantuya Shaariibuu..


Tu diaaaa...dah arwah lama dah pompuan tu..mati, pastu dipolitikkan, last-last gini jadiknya..kalo aku jadik one of the family members Atlantuya pun aku berangin nak tau siapa yang bunuh sampai macam tu sekali kan? 


Tapi Pak Najib dah jawab tuduhan Anwar Ibrahim, n even dah bersumpah atas nama Allah ye!! dalam masjid yang dia memang tidak kenal n ada kaitan dengan si arwah tu...


Raja Petra cakap, yang dia didesak oleh beberapa individu dengan niat nak halang Pak Najib daripada jadi MP masa tu...ingat tak? kes Atlantuya meletop-letop panas sebelum beliau jadi PM, masa tu tengah timbang kati dengan Pak Lah siapa nak turun, siapa nak naik...


Apa cerita lah kan?? semata-mata untuk kuasa, orang sanggup buat apa sahaja untuk capai target dia....lepas ni bersambunglah dengan pendedahan siapa namanya yek? Nallakarupan n saman sampai RM7oo juta katanya daripada samwan named Ummi Hafilda?


Bayangkan 700juta ko!!! boleh beli satu Pavi...!! ko nak apa cakap je, Starbucks ke Tony Roma's nak hari-hari pun bolehhhh....Gucci sebulan sebungkus sampai depan pintu rumah ko!

Wednesday, April 6, 2011

Video Pak Nuar | Pilihan Raya | Politik | Youtube | Bilik Hotel


Wahh...pilihan raya dah nak dekat ye?? pilihan raya kecil ke umum? sebagai rakyat biasa, saya pun amik tau jugak siapa menang, siapa kalah...parti mana yang bersorak, parti mana terpaksa tepuk dahi akhirnya...


Kali ini, saya nak kongsi sikitlah pendapat saya sebagai rakyat biasa...umur pun baru nak cecah 20an...belom layak lagi nak undi!! watever it is, suasana politik kat Malaysia ni macam makin 'kotor' lah...setiap minggu adoooo je kes-kes, cerita itu ini, kontroversi so-ever lah....kes liwat, kes saman, kes penjara, video seks bagai.....


Eeeuuuwwwww...kalo bab liwat or upah pelacur tu bila kita dengar hujung-hujung telinga masih ok lagi...ni dah sampai keluar video yang diakui tulen n asli, tepek pulak kat laman YouTube...aiyooooo???


Dalam satu keadaan, mungkin rakyat kita boleh jadi hakim untuk bersuara dan tentukan sama ada betul atau tidak si pelaku...tapi dalam masa lain, satu dunia boleh tengok video tu....tak malu ke nanti negara lain salah faham dekat negara kita??


Sejujurnya, saya dah tengok sedutan video yang kononnya dirakam di sebuah bilik hotel tu n my first impression was *eh???wowww.....tapi, mungkin si pelaku hanya pelanduk dua serupa, n belom terbukti itu dia kan...dan sekarang ni, dah berpuluh-puluh blog dah pautkan video tu 


Bagi saya, agak geli untuk letak video tu kat blog ni...sebab ini hanyalah blog personal yang biasa....dan tidak suka nak tulis pasal politik...walaupun memang ada sesetengah politician memang saya admire n adore macam Tun Dr. Mahathir Mohammad....no doubt, yang beliau memang antara negarawan yang terbilang di Malaysia...


Tolong lah, stop creating ugly scenes kat Malaysia ni wahai orang-orang yang terlalu mementingkan kuasa dan pangkat dalam bidang politik oooiiii.....


Muak dan jemu,
Rakyat Biasa



Monday, March 28, 2011

KOPI Kluang Station Ada VAVI !!!


Siapa orang Johor?? angkat tangan cepat!! n siapa pulak orang daerah Kluang?? angkat lagik tinggi!! haha...agak kecoh kan minggu nih? berbakul-bakul saya tengok blog duk bercerita pasal isu nih...kredit n thanks to Rohaizad!

Bagi orang Johor sendiri, kedai Kluang Station ni memang sangatlah popular! ye idak?...dah beroperasi sejak lebih 70 tahun dahulu...memang ramai suka dengan rasa kopi yang aromanya membuka selera waktu sarapan...tambah pulak dengan roti bakar dia..fuhhhh...

Jujurnya, saya sendiri pernah makan diorang punya roti bakar n kopi....kaya dia sangat sedap! Kalau tak silap, dengar cerita si owner sebenar was a Chinese Muslim yang kahwin dengan orang Melayu...yang Melayu tu buat kaya...so kalau ikutkan asal-usul memang konsep Islam ada lah tu dalam business depa...

But then, dorang moved to Perak ea?? n perniagaan Kluang Station tu diambil alih kerabat cina...mungkin sebab tu lah boleh termasuk sikit unsur-unsur yang diragui tuh! Mungkin lah....correct me if Im wrong ye!!

“Saya tidak akan lakukan perkara bodoh hingga menyebabkan perniagaan kami yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu ditutup hanya kerana perkara ini. Tidak masuk akal saya mahu musnahkan perniagaan sendiri.” 

Tapi Pengarah Urusan dia, Lim Jit Chiang, dah nafikan dakwaan kopi syarikat dia ada gelatin babi....dia tegaskan yang dakwaan itu tidak benar..dan pihak mereka kononnya dah dihukum sebelum perkara sebenar diketahui...tup tup dalam dua hari je, jatuh terus business dorang...hebat tak hebat kuasa pengguna?? walaupun ada orang Islam yang masih datang, tapi jumlahnya sangat kecik....

Tapi kan, kenapa baru sebulan lepas diorang nak mohon sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ek?? padahal dah berpuluh-puluh tahun business tuh....

Mari kita tunggu sama-sama keputusan daripada pihak berwajib...betul ke ada gelatin babi??

~Oink2!!!~

Monday, March 14, 2011

Artis Lelaki Popular Malaysia Persenda Tsunami/Gempa Bumi Jepun


Hurm..dalam pada ramai rakyat dunia berdoa untuk keselamatan rakyat Jepun yang baru ditimpa musibah, ada jugak yang buat lawak ala-ala kelakar jadik tak menjadik gitu..tapi macam mana bila yang buat lawak tuh artis popular? Dari Malaysia lagi!!




Wahhh..gitu kan?? Hurm..entahlah~


No komen..nak tegur nanti, kena saman pulak! Tapi, ramai memang tak puas hati! Banyak blog-blog tulis n bagi pendapat pasal nih...haish...yelah, tak agak-agak ko kan?? Orang tu tengah bersusah payah kena bencana, nak cakap macam tuh kan?? Nasiblah Malaysia ni belum kena musibah dahsyat macam tuh...kalau ye pun pernah kena tsunami dulu, tapi setakat saki baki je..bukan macam Acheh kena wiped out da whole negeri kan...


Nak bergurau tu biar berpada n ada masanya...cuba ko gi masjid n org tengah khutbah, boleh nak buat lawak masa tuh??




Yang ini pulak, kes Berita Harian yang keluarkan kartun pasal bencana tsunami..nak kata kes berat ke tak?? Mungkin ada yang kata ini lawak saja! Tapi, ketawa-ketawa pun, masuk berita kena mention dek siaran CNN ok!! Dekat laman web CNN ada article bertajuk 'Malaysian Newspaper Pokes Fun At Recent Tsunami Disasters'.


Walaupun pihak Berita Harian dah jelaskan hal sebenar n minta maaf..tapi tetap laporan tu disebarkan dengan pantas ye! Dengan catatan view hampir 60,000 dan share sebanyak 4,394 kali.


Berat juga hal nih...sedikit sebanyak terjejas nama Malaysia dengan dakwaan tak sensitif akan kesusahan rakyat negara lain...


Hurmm.....

Friday, March 11, 2011

Penghinaan Terhadap Islam : Jenama Coca-Cola

Hurmm....
kalau tak silap Izz,
pernah keluar ura-ura mengenai jenama air gas terkenal Coca-Cola, adalah produk keluaran Israel ye?
maksudnya segala keuntungan disalurkan ke poket orang-orang Yahudi yang duk rampas tanah rakyat Palestin


Dalam dua tahun lepas pun,
Tun Mahathir pernah menyeru umat Islam jangan minum atau beli produk tuh
atas alasan yang sama


Dalam minggu ni jugak,
Izz ternampak ada orang duk tag gambar pasal Coca-cola nih
so
kredit to anyone yang ada berkaitan
Izz cuma berkongsi info sahaja ye!


Betul atau pun tidak,
entahlah~
tapi andai tersilap sila tegur ye!

Tapi kalaulah betul,
naya jugak nih....
kita duk beli n teguk memanjang
tapi rupa-rupanya.......

Sunday, March 6, 2011

Pembunuh Yang Seksa Kucing Minta Maaf


Chow Xiao Wie....
itulah nama tomboi yang kontroversi dengan video baru-baru ni
video dia menyeksa dan membunuh anak-anak kucing itu tersebar luasssss
luas macam mana??
sampai beribu-ribu komen dan pandangan marah terhadap perbuatan tomboi seorang nih


Sekarang nih,
dia tampil ke hadapan dengan kenyataan meminta maaf atas kesalahan dia tuh
n dia siap kata mak dia ada bawak dia gi hospital tuk check dia dari segi psychology
gila ke???
bagi orang ramai mungkin lah kot...


Mak dia rasa sedih (katanya!!!) atas perbuatan anak dia tuh...
n  business dia pun terjejas sbb asyik kene serang n tanya oleh wartawan....
(harus lah!!)


Persatuan Malaysian Dogs Deserve Better, ala2 group syg haiwan lah nih...
sanggup bantu n sponsor ye!!
untuk dia dpt proper psychiatric treatment kat University Malaya Medical Centre...
wahhhhh
layanan kelas pertama uols!!
sponsor lagik....
*kelas kau Maria......


Tapi,
sedarlah ye!
public masih tak puas hati dengan interview ni
dats all???
ok,
dia dah mintak maaf....
eh,
itu je??
takde apa-apa tindakan lain ke??


Selain itu,
ada statement daripada si maknya...
yang mengatakan,


"My daughter told me, while torturing those poor little kittens, she had no idea, they were already dead."


The kittens were already dead???
dia maksudkan yg sekarang ni kita tak leh cakap banyak n terus hukum  marah anak dia sbb anak-anak kucing tu dah mati
or dia maksudkan dalam video tuh??
yang anak-anak kucing tu dah sedia mati sebelum tomboi tu buat macam tuh....


Hurm,
agak konpius di situ ye...............
pendapat korang plak???

Saturday, March 5, 2011

Serdang : Tomboi Pukul Anak Kucing

Satu lagi cerita yang agak tak besh nak diceritakan sebenarnya....
menyirap darah bila tengok video ni dekat Facebook 
minggu ni agak kecoh pasal video ni
semalam pun ada keluar dalam surat khabar

Mula-mula Izz tak amek kesah
sbb tak sampai hati nak tengok gelagat manusia yang berperangai binatang menyeksa haiwan
sebelum ni pernah tengok video perempuan giler pijak anak kucing pakai heels sampai mati 
n ada jugak pijak-pijak anak itik 
tapi it caught my attention sbb benda ni berlaku kat Malaysia
kat Serdang ye??
betol ke....

Izz ada jugak ran through few articles n blogs pasal nih
even kat Fb saaaaaanggat ramai menyumpah seranah manusia berambut blonde yang buatan itu!!
tak de sapa duk puji dia melangit sebab belasah anak kucing sampai macam tuh
btw,
ada info pasal pengkid psycho nih
orang yang kantoi n pecahkan tembelang dia pun people around her jgk...
beberapa keping gambar imej dia pun ada jgk!

Buktinya??
tengok topi, seluar n kasut dia
rambut dia tu sah-sah lah sama kan....
tapi betul ke??
MUNGKIN......

~betol ke nih??~


Ini pulak videonya,
simpan kata-kata makian korang
(^^)
lepas tengok nanti marahlah puas-puas!!


~agak biadap kan??~

Wednesday, March 2, 2011

Perodua Myvi 2011 Baru


Itu dia!!!
Izz dapat gambar ni dari Facebook
ada orang upload n kasik link pasal kereta nih
dengar citer yang ini merupakan keluaran terbaru oleh Perodua bagi Myvi tahun 2011
senang citer,
adik beradik Myvi yang lain lah nih.....
haaaaa
bertambah lah keluarga Myvi kan


Izz tak tau sangat pasal kereta ni...
tapi kalau bab kereta-kereta keluaran Proton or Perodua memang Izz suka amek tau
keluaran terbaru diorang...
support jenama Malaysia katanyeeeeerrr....


Pada pendapat tak professional Izz ni ler kan....
kalau Izz ada Myvi keluaran lama,
once kereta yang baru ni kuar je
harap maklum....
akan ku jual atau lantingkan saja kereta lama utk yang baru ni!!!
haha~


Cantik ok!!
seyesly....
mengancam sungguh design Myvi sekarang

Sunday, January 9, 2011

Karam Singh Walia Mabuk VS Hina Melayu

Erm,
kecoh lah sekejap cerita nih...
dari minggu lepas lagi dah heboh
tp baru skrg Izz nak post
sbb yelah..
benda ni sensitif
kang lain cara menulisnya nnt lain plak org pikir kan?


Oukeyh,
sebelum ni kita dah tgk bnyak sgt 
kes2 yg berkaitan dgn racist kan?
bersifat perkauman hendaknya.....
ada jgk lah pemimpin2 yg entah kenapa
sanggup gunakan isu2 mcm ni semata2 nak naik......


Ni lah dia,
artis nak glamor cara mudah jual cerita2 murahan dgn statement yg pelik2
politician plak guna isu2 sensitif tuk raih sokongan pihak2 tertentu....


Apa nak jadi??
terbaru kisah wartawan terkenal ni plak....
kononnya time tgh duk mabuk2 kat satu tempat tu
dia mengeluarkan kenyataan2 yg dikatakan menghina kaum atau org Melayu
waaaaah~
apa lagi??
mrk2 yg terdengar terus lah marah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...