Ni cerita few weeks ago. Kot. Ahhhh aku pun tak ingat dah ni lah hasil kalau peram lama sangat cerita terus lupa exact date ke apa. Lemah betul daya ingatan nak mengingat satu per satu.
Tapi time ni memang aku datang office awal gila! Seawal pukul 7 dah sampai terpacak, eh no, dah siap duduk dekat meja ye makan nasi lemak sambil tengok video cerita The Nanny. Buat kerja apa patut, blogwalking, update blog sendiri. Time tu leewwww aherherher
Tak adalah scary pun even agak gelap. Kalau gelap, bukaklah lampu kan? Apa susah. Satu switch je mampu terangkan satu department. Overlah kalau nak takut bagai. Pak guard pun ada. Makcik-makcik cleaner pun ada diorang sampai awal kemas itu ini.
Yang bestnya datang awal ni sebab boleh siap awal daily tasks kat office. so start pukul 2-3 dah free yang memang freeeee gilahhh! Ini serious. Hahaha so bila bosan-bosan tengah tak ada kerja turunlah bawah kejap beli apa yang patut.
Kegemaran. Soft Cookies beli dekat Subway. Untunglah Subway ni dekat bawah office je. Memang konspirasi nak suruh aku beli cookies dia hari-hari bagi naik sale. Tak cukup dengan aku, officemates pun ikut beli sama sebab nak try.
Ini pulak minum time petang dekat D'saji Cafe. Nasi Lemak n kuih muih. Too good to say no lah. Dalam seminggu mesti ada dua hari pergi makan.
Seronok bila kerja kat commercial centre yang bawahnya ada macam-macam kedai makan, kafe, restoran, mamak pun ada! So pilihlah pilih. Rambang mata. Daripada harga sepinggan nasi goreng Rm20 kepada Nasi Campur Rm4.
Simple Breakfast dkt kafe bawah nih. Nampak macam 'Eh, ni terlebih simple nih!' dont worry, kenyang kayh!
Nasi Campur dekat kedai makcik fav sebelah jalan office nih. Daripada tingkap office pun boleh jengah ke bawah tengok if penuh ke tak dengan orang. Kalau tak penuh, hah cepat-cepat ler turun. Lauk dia cepat habis sebab ramai datang makan. Sebut je Melayu, Cina, India, Bangla, sampai ke Italy, German, Africa staff office pun makan situ. Kelassss kau makcik.
See? dekat je kan. Boleh lelambai lagi.
Tapi memang ramai suka makan situ sebab layanan husband n wife tu bagus betul. Sentiasa tersenyum. Serive pun bagus. Walaupun business kecik je kan tapi aku yakin banyak juga pendapatan dia. Bukan susah nak maju dalam business. Asalkan jujur, perkhidmatan bagus, makanan pun sedap pasti ramai suka.
Diorang pun ada menu-menu istimewa setiap hari. Kalau Isnin hari Nasi Ayam. Kalau Selasa n Khamis lauk-pauk biasa yang sedap-sedap belaka untuk Nasi Campur. Hari Rabu untuk Nasi Tomato n Jumaat hari Nasi Beriyani sedap! Ayam Goreng dia antara yang terbaik. Setiap hari pergi sana untuk makan tuh.
Kebetulan tahu makcik tu kampung dia dekat Rengit, Johor. So orang Johor ler juga. Hehe.
:)
Wah bestnyeee..untungla dekat bawah ofis ade mcm2, hehe :)
ReplyDeleteseronok! hehe
Delete