Followers

Showing posts with label SelebRetis. Show all posts
Showing posts with label SelebRetis. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura Meriahkan Rizman Ruzaini Raya Fashion Show


Dato' Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Nur Fazura dan Ning Baizura - itu antara nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia yang memeriahkan Rizman Ruzaini Raya Fashion Show semalam. Hadir untuk memberikan sokongan kepada pereka fesyen kegemaran, artis-artis terkenal tanah air itu tampil cantik dengan busana rekaan duo tersebut.







4 bintang tersohor yang sering mendapatkan khidmat rekaan Rizman Ruzaini.
I guess fashionistas are looking forward for this Raya collection macam tahun lepas n the hype is gonna be good! 



Ok gambar ini tidak ada kena mengena dengan fashion show itu. Saja je letak sebab suka tengok keletah nakal Siti Nurhaliza yang kita jarang nampak...hahaha
comel!!


Kredit : Instagram RoziSangDewi, CTDK, Rizman Ruzaini & MissFazura





Tuesday, June 4, 2013

Adi Putra - Majlis Berbuka Puasa Anjuran Artist KL


Adi Putra ada peminat tak dekat sini? Cuba lelambai sikit hihi ;p

A good news, could be a freeeeaaaking good one, to all Adi Putra's fans Artist KL is organizing Majlis Berbuka Puasa Bersama Adi Putra untuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Bertempat di Bora Ombak, Ampang majlis istimewa ini akan diadakan pada 14 Julai 2013. Anda bukan hanya dapat menikmati iftar bersama pelakon kesayangan anda malah di samping itu membantu mereka yang memerlukan kerana sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha.

See? Sounds good what! Dalam pada kita bergembira kumpul beramai-ramai mengeratkan silaturrahim kita dapat beramal membantu adik-adik di Al-Nasuha :)

Love is not patronizing and charity isn't about pity, it is about love. Charity and Love are the same - with charity you give love, so don't just give money but reach out your hand instead.  ~ Mother Teresa

Tidak dilupa anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah Itali, Arab serta menu-menu istimewa yang lain seperti Kambing Panggang, western foods dan makanan kampung. Hamekkkk kemain baaaaaanyak pilihan makanan. Jangan sampai perut muncitt sangat sudah, nanti susah nak rukuk waktu solat terawih...hehehe

Tempat adalah terhad, jadi hubungi cepat untuk reserve seat masing-masing ! 

Majlis Berbuka Puasa Bersama Adi Putra
Tempat : Bora Ombak, Ampang
Tarikh : 14 Julai 2013 (Ahad)
Harga Promosi : Rm95/pax *tempahan sebelum 30 Jun 2013
Harga Normal : Rm115/pax

Untuk tempahan hubungi 
013-3834769
019-2171877
019-3300255


Jumpa anda di sana! (^.~)





Thursday, April 18, 2013

Datuk K Muncul Selepas Kemalangan di New Zealand


Datuk Khalid Mohd Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Datuk K, suami kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, telah muncul buat pertama kalinya kepada umum selepas terlibat dengan kejadian kemalangan motor di New Zealand pada penghujung 2012. 

Ramai mengetahui malah sentiasa menunggu perkembangan kesihatan ahli perniagaan itu. Dikhabarkan walaupun beransur pulih namun beliau masih perlu menjalani physiotherapy untuk tempoh paling kurang 1-2 bulan. Beliau mengakui masih mengalami kesakitan di bahagian pergelangan tangan dan leher, pergerakannya juga masih terbatas. Namun selepas berehat untuk kira-kira 5 bulan, beliau dikatakan sudah mula ke pejabat.

Hadir di sebuah majlis di Putrajaya bersama Siti Nurhaliza untuk Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara, beliau kelihatan ceria walaupun terpaksa memakai alat sokongan leher. 



Kita doakan semoga Datuk K beransur pulih sepenuhnya secepat mungkin. Amin.


Tuesday, March 5, 2013

Yuna Tampil Kolaborasi Untuk Filem Animasi The Croods


Kita mungkin dah dengar macam-macam cerita kejayaan penyanyi bersuara unik ni di luar negara. Rezeki beliau semakin mencurah-curah sejak ditawarkan dengan pelbagai peluang. Bukan setakat semakin bagus dalam nyanyian dengan cara tersendiri malah kehebatan beliau dalam penulisan lagu sememangya dihargai peminat dan pencinta muzik.

Namun sedikit ralat bila Yuna mula 'jelajah' ke US untuk mengembangkan kariernya ada yang usik kata berita tentangnya agak sendu atau hambar walaupun sudah habis kejayaannya dikongsi media. 

Tak apa, rilaks, berikan peluang kepada Yuna. Inilah masa untuk dia berjumpa dengan orang-orang yang mampu memberikan dia tunjuk ajar sekali gus belajar lebih mendalam mengenai muzik di peringkat lebih tinggi. 

Terbaru Yuna dikhabarkan berkolaborasi dengan Owl City untuk soundtrack filem animasi The Croods yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Owl City pernah menyumbangkan karya beliau untuk filem-filem animasi berskala besar dan popular seperti Legend of the Guardians dan Wreck-it Ralph.





Dengarkan lagu mereka yang bertajuk Shine Your Way



Trailer filem animasi The Croods







Monday, February 25, 2013

Jennifer Lawrence Terjatuh Ketika Terima Anugerah Pelakon Terbaik Oscar


Seriously cantik Jennifer Lawrence kat Oscar tadi. Kemain baju cantik dengar citer itu dress daripada Dior Haute Couture. Kelas. Walaupun terpaksa jalan hati-hati kang tersalah pijak luruh segala jahitan nanti woooshhhhh tanggal! Tak pun terpijak tersembam lah *ke kejadian itu dah berlaku? eh!*

Apa-apa pun tahniah dekat dia sebab menang kategori Best Actress untuk filem Silver Linings Playbook. Tapi kejadian tak diduga bila waktu dia naik ke atas pentas, Jennifer Lawrence terjatuh ala-ala tergelincir sikit kat bahagian anak tangga. Nasib baik jatuh style manja cecomel. Kalau gedebukkk jatuh muka kena dulu tak ke parah kan? 




Waktu dia sudah terima trofi dan mula untuk memberi ucapan kelihatan penonton berdiri atas tanda hormat tapi Jennifer sebaliknya kelihatan tersipu-sipu malu serta ketawa lalu berkata, 

"You guys are just standing up because you feel bad that I fell and that’s really embarrassing. But thank you."

No lah jangan risau sayang orang tak ketawakan awak. Merendah diri betul dia ni kan. Bagus. 

I guess, who wouldn't trip on all those layers of dress/tulle or apa-apa je lah you guys call it. Try to imagine the pressure she felt. You have just won a really major award and millions of eyes on you, you're not comfortable with your heels and long dress, but still you tried to walk then you just slipped.......oh god bless you girl! She handled it really well and just laughed it off

Video Jennifer Lawrence jatuh ketika ambil trofi anugerah Best Actress di Oscar tatkala namanya diumumkan sebagai pemenang.








Thursday, February 21, 2013

Suami : Azlyn Massiela Hilang Ingatan. Fizz Fairuz Tidak Bersalah!


Drama Melayu? Sinetron? Telenovela??? Aku pun tidak  tahu acane nak describe kisah putus tunang Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela ni. Semalam kita diberitahu tentang keputusan yang dibuat itu disebabkan status wanita tersebut yang dikatakan sebenarnya sudah kahwin dengan seorang usahawan sejak beberapa tahun lalu di Thailand. 

Namun, Azlyn Massiela telah tampil mempertahankan dirinya dengan menolak tuduhan yang dilempar terhadapnya. Mengganggap tuduhan itu sebagai bohong dan memalukan maruah dirinya serta keluarga, beliau turut berani dengan kenyataan bahawa dia tidak pernah berkahwin malah bukti tersebut boleh diperiksa jika mahu.

Tapi........tampil pula seorang lelaki bernama Ramli yang dikatakan itulah suaminya. Beliau sama sekali tidak menyalahkan Fizz Fairuz malah mengatakan kesilapan perkahwinannya dan Azlyn di Thailand dahulu benar-benar mengganggu mereka sekarang dengan kisah pertunangan Azlyn dan Fizz serta masalah kesihatan Azlyn. Ramli menjelaskan isterinya itu sakit dan hilang ingatan sejak lapan bulan lalu dan ini yang menyebabkan Azlyn mengambil keputusan untuk bertunang. 

Perkahwinan mereka tidak diketahui langsung oleh sesiapa sebelum ini termasuklah isteri pertamanya dan keluarga Azlyn dan ini membuatkan keadaan bertambah buruk......dan memeningkan mungkin?


Wednesday, February 20, 2013

Gosip Artis Malaysia Fizz Fairuz : Tunangku Isteri Orang!


Pung pang pung pang kecoh last week kisah pertunangan Fizz Fairuz dan seorang wanita cantik yang dilangsungkan secara mengejut. Terkejut jugak lah sebab heboh sampai ada yang sentap-sentap bagai. Fizz Fairuz boleh tahan ramai jugak peminat dia kot. Itu tidak kira lagi dengan dia terpaksa 'explain' pasal kisah cinta antara dia dengan bekas cinta hatinya, pelakon cantik Almy Nadia. 

Ye lah selama ni kita sedia maklum depa bercinta kan tapi tetiba tunangnya dengan orang lain. 

Namun kisah pertunangan tersebut menjadi bertambah kontroversi bila Fizz Fairuz dapat tahu yang tunangnya sebenarnya isteri orang. Hamek kau.  Rumit ke tidak untuk korang hadam info ni?? 

Pelik kan. Acane boleh jadi sampai macam tu? 

Fizz sendiri dilaporkan tertekan dengan situasi ini dan menganggap dirinya telah ditipu mengenai status wanita itu yang sebenarnya merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan dan mereka telah bernikah di Thailand.

Kononnya juga dia merasakan apa yang sudah terjadi ini ibarat seperti telah diatur oleh wanita tersebut sejak perkenalan mereka setahun yang lalu. Merasakan ini ujian terbesar buat beliau sejak bergelar artis, Fizz turut meminta maaf kepada Almy Nadia.

Dalam masa yang sama, Almy Nadia dilaporkan telah menasihati Fizz untuk 'berubat' sebelum ini kerana berkelakuan pelik. Malah ada yang mengatakan, sehari sebelum majlis pertunangannya, Fizz melecur kerana terkena air panas dan kenderaannya rosak ketika dalam perjalanan ke Kuantan. Apakah itu semua petanda??

Apa pun, kita berharap apa yang terjadi dijadikan pengajaran buat semua yang dekat luar tu. Jangan terlalu percaya 'kuasa' cinta sampai lupa apa hati kata. Kenali dulu pasangan anda lebih dalam walau niat memang ikhlas untuk mempunyai pasangan.

:)



Thursday, December 13, 2012

(SelebRetis) Datuk K, Suami Dato' Siti Nurhaliza Terlibat Kemalangan Teruk Di New Zealand


Dikhabarkan Dato' Siti Nurhaliza telah menarik diri pada saat-saat akhir kemunculannya dalam konsert di Banjarmasin, Indonesia atas sebab-sebab tertentu. 

Pelbagai spekulasi mula meliar selepas Siti mengeluarkan tweet seperti di bawah.


Namun, ada pula khabar angin yang mengaitkan cerita ini dengan berita yang bersifat peribadi. Siti Nurhaliza walaupun telah berada dalam kapal terbang menuju ke Banjarmasin bergegas keluar atas berita mengenai suaminya.

Berita tersebar mengenai suami kepada penyanyi terkenal itu terlibat dengan sebuah kemalangan di New Zealand dan kecederaannya agak teruk. Siti terpaksa membatalkan kemunculannya di konsert tersebut, dan konsert itu yang turut dijayakan oleh lagenda rock Amy Search dan Shila Amzah terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Siti.

Berita mengejutkan itu telah disampaikan kepada Siti Nurhaliza sewaktu mereka sudah berada di dalam pesawat menuju ke Banjarmasin. Datuk Khalid terlibat dalam kemalangan motorsikal di New Zealand dan tercedera di bahagian bahu, kaki dan tangan. Namun, keadaannya dilaporkan stabil.

Siti dan kakak iparnya akan berlepas ke New Zealand esok untuk melihat keadaan Datuk Khalid.

Mari kita berdoa dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja. Amin.





Sunday, December 2, 2012

(Gambar) Majlis Persandingan Farid Kamil & Diana Danielle


Nampaknya majlis persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle berjalan dengan lancar di Taman Ekuestrian, Putrajaya. Kredit gambar Rotikaya dan BeautifulNara. Boleh dikatakan sebuah majlis yang ringkas namun cukup cantik, diserikan dengan sebuah pelamin yang indah. Gaun kahwin Diana juga nampak seperti puteri raja. :) 





Jom tengok gambar-gambar pasangan romantik ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Monday, November 19, 2012

(SelebRetis) Diana Danielle Disahkan Mengandung



Rasanya belum sampai sebulan kot pasangan ni nikah. Mungkin 15 hari? 16 hari? Tapi Diana Danielle telah berkongsikan khabar gembira buat peminatnya. Dengan secara terbuka di laman twitter miliknya, beliau telah mengesahkan berita kehamilannya. Ye, mungkin berita ini benar.

Turut sama disertakan gambar alat menguji kehamilan dan keputusannya nampak Diana Danielle benar-benar positif mengandung.




Wow, andai benar ini suatu yang tidak dijangka. Berita ini pasti menjadi kegembiraan berganda buat pelakon cantik itu yang bakal menyambut hari kelahirannya pada 22 November 2012 ini. 

Tahniah buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle.

:)


Sunday, November 18, 2012

(SelebRetis) Gambar & Video Muara Hati Siti Nurhaliza Di AIM 19


Malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Industri Muzik ke-19. Kemeriahan cukup terasa, apatah lagi AIM ni ibarat Grammy Malaysia ler walaupun kadang-kadang keputusannya tidak lah gah mana ye idok?

Tak kisahlah. Walaupun ada sesetengah pasti akan mempertikaikan barisan pemenang pada malam itu, siapalah kita nak bising. Takkan nak jadi macam tahun lepas, dah menang ditarik balik trofi ohhhhhh ini tidak adil, tidak adil :)

Untuk edisi kali ini, sejujurnya daripada segi pencalonan setiap kategori tak berapa meninggalkan impak pun. Tak macam AIM yang sebelum ni, tahun ni kurang gempaklah. Mungkin sebab kurang sengit untuk beberapa kategori utama. Dengan mudahnya kita dah boleh predict siapa akan menang untuk each category.

Yang mendapat perhatian lebih tertumpu kepada persembahan yang dipentaskan pada malam itu. Gandingan duet lagu yang semakin berhantu iaitu Muara Hati antara penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza dan penyanyi muda berbakat Hafiz menjadi tarikan utama.

Ini dia sedikit gambar Siti Nurhaliza di Karpet Glamor AIM 19. Kredit kepada abang Budiey. 









Walaupun sakit dan suara yang masih belum pulih sejak konsertnya di Kuantan minggu lalu, Siti masih mampu memberikan yang terbaik. Ada yang kata, walau sakit suara Siti overpowered Hafiz. Malah, ada yang lebih menyukai versi solo Muara Hati Siti sewaktu di Kuantan.

(^_^)

Jom kita tengok!






Update : Stok terbaru Tabita & Beutskin Essence sudah ada. Kepada semua yang sudah buat tempahan sila sahkan order anda untuk proceed kepada penghantaran ye. Sila pastikan nama, no telefon, alamat dan butiran pembayaran lengkap. Kepada sesiapa yang berminat untuk order boleh terus contact.

Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)


Wednesday, October 24, 2012

( SelebRetis ) Erra Fazira Tampil Jelita Dengan Dress Dior


Phewittt! Cantik primadona alaf baru ni. Walaupun aku secara jujurnya bukan peminat Erra Fazira n tak berapa follow sangat cerita-cerita pasal dia, tp aku minat tengok muka n lakonan dia dalam cerita-cerita tangkap leleh dulu tuh. Tapi paling aku suka Maria Mariana ler. Ada Ziana Zain lagi :)

Untuk majalah Glam Malaysia edisi November 2012, Erra menjadi penghias muka depannya. Menyarungkan dress daripada Dior dan dilengkapkan dengan barang kemas Mont Blanc, ternyata keanggunan pelakon terkenal ini begitu terserlah.

Edisi ini dah keluar yek, dah boleh pergi grab n beli. Turut ada dalam edisi kali ni pasal Umie Aida, Ella, Dynas, Dayang Nurfaizah n Scha Al-yahya jugak. 

(^_^)



Thursday, July 5, 2012

( SelebRetis ) Fazura menawan dengan kasut Louboutin


Fuhhhhh...she's one of Malaysia's famous actresses. Sejak muncul dalam industri hiburan tempatan beliau menjadi buah mulut ramai. Lupakan kisah kontroversi pergaduhannya dengan seorang wanita di sebuah kelab dahulu. Kini sila fokus dengan gaya si cantik ini ketika hadir di majlis Anugerah Stail Eh! 2012 semalam.

Menawan dan anggun itulah layak diberikan atas penampilan Nur Fazura ini. Tampil dengan baju rekaan Mary Katrantzou serta kasut berwarna keemasan daripada pereka Perancis terkenal, Christian Louboutin. Kasut itu menjadi perbualan hangat serta pujian di laman Twitter semalam.  







Gojes lah!! kredit gambar utk abg Budiey 

Ini pula senarai pemenang pada malam tersebut :

  1. Pemenang Anugerah Pembaca Stail EH : Nik Nurain Nik Mohd Azizan
  2. Pemenang Anugerah Selebriti Harapan Pilihan : Izara Aishah
  3. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Bentuk Badan Paling Cantik : Fouziah Ghous
  4. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Bentuk Badan Paling Segak : Anding
  5. Pemenang Anugerah Jurusolek Selebriti Pilihan : Najeeb Azami
  6. Pemenang Anugerah Fesyen Selebriti Pilihan : Rizman Ruzaini
  7. Pemenang Anugerah Selebriti Mesra Peminat : Shila Amzah
  8. Pemenang Pasangan Selebriti Pilihan : Noh Hujan & Mizz Nina
  9. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi : Rozita Che Wan
  10. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Seksi : Hans Isaac
  11. Pemenang Anugerah Selebriti Paling Fotogenik : Scha Alyahya
  12. Pemenang Anugerah Selebriti Pilihan Kulit Majalah : Fasha Sandha
  13. Pemenang Anugerah Model Pilihan Majalah : Tengku Azura
  14. Pemenang Anugerah Selebriti Serba Boleh : Aznil Hj Nawawi
  15. Pemenang Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik : Dato’ Siti Nurhaliza
  16. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya : Nur Fazura
  17. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Bergaya : Awal Ashaari
  18. Pemenang Anugerah Style EH! 2012 : Nur Fazura





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...