Followers

Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Gambar dan Video : Hairstyle Fashion Untuk Lelaki


Aku kalau ada power nak je cakap macam ni 'Dengan kuasa bulan, aku nak rambut macam ni!' pooooffttt terus rambut serabut jadi terletak smart macam ni (-.-)

Berangan. Heh.

Hahaha btw, since ramai sangat 'kritik' rambut aku sekarang sangatlah out of style *sedih! macam jantung tertusuk sembilu mendengornya* and nampak nerd gila, so aku terfikir-fikir next month plan nak tukar style rambut baru. Macam menyesal potong hari tu dengan hairstylist banyak kerenah dekat Michael and Guys dekat Times Square. Ouh yeah I went there to get my hair cut after work dan kebetulan hari yang sama ada kes budak perempuan Cina mati sebab terjatuh tu. Kalau nak tahu tempat dia mati tu memang depan je dengan saloon ni. Masa aku lalu mayat dah tak ada, diorang ganti letak meja kat situ. 

Si tukang gunting yang buat rambut hari tu ya rabbi serabut lah hakak tu!! tengah dia pegang gunting rambut aku, boleh keja-kejap dia layan telefon dia  ada call masuk lah apa lah. Pastu gi belakang jawab call. Then sambung gunting balik, jawab call lagi. Stress tau! 

Plus kena jawab soalan-soalan dia buat aku makin tak ada mood. Dah lah stress baru balik kerja, mengharapkan dapat gunting style elok sikit tapi punah harapan aku.

Sedih!

Sekarang ni kena tunggu rambut panjang dulu baru nanti ubah style. Confirm tak nak pergi situ tapi pilih tempat lain yang elok sikit kot ye. Serious menyesal pergi situ. Sangat menyesal.



Ouh just a glimpse on what I googled on men's hairstyle for 2013. Tak tahulah betul ke tidok. Tapi aku pun bukan jenis ikut trend sangat. I would go for anything Im comfortable with tak kira lah baju ke apa ke. Tapi janganlah buat style zaman agogo kan, matilerrrrr.

Mungkin style ni sesuai jugak untuk korang kot-kot ada yang masih tercari-cari hairstyle sesuai selari dengan imej masing-masing kan,  macam aku ni heh. 






Bawah ni pulak ada video untuk tunjuk cara set rambut bagi lelaki. bagi aku sangatlah berguna video ni. Bila aku tengok sendiri pun reaction macam 'Ooohhhhh macam tu rupanya nak buat' and then 'Ooooooo gitu kekdahnya' noob sangat kan...haha








Monday, September 24, 2012

(Gambar) Fashion Lelaki : Perlu Bijak Bergaya


Berbicara tentang fashion pasti akan lebih tertumpu kepada wanita. Bagitu mudah bagi kaum hawa untuk memilih apa yang ingin dipakai atau diperaga. Kalau kita tengok kepada trend shopping via online pun pilihan yang lebih menyeluruh dan utama diberikan kepada mereka.

Bagi lelaki, kadang kala sukar untuk mengikuti perkembangan trend fesyen terkini. Apatah lagi peredaran trend fesyen terbaru dalam kalangan lelaki juga boleh dikatakan tidak semeriah wanita dengan pilihan yang pelbagai. Namun, lelaki juga semakin bersifat terbuka. Berpakaian kemas dan menarik mengikut trend terkini menjadi pilihan para jejaka.

Menurut website OhBulan! lelaki semakin bijak bergaya mengikut arus masa. 

Tambil bergaya kemas namun stylish, pasti anda akan menjadi perhatian!







Pilih gaya yang sesuai kerana cara pemakaian kita melambangkan personaliti kita. Warna juga memainkan peranan yang penting. Elakkan daripada memilih warna yang tidak sesuai dengan tona kulit, pastinya kita tidak mahu kelihatan pelik kan? :)

Pada saya, barang-barang yang berkualiti tinggi tidak semestinya datang daripada brand yang dikenali dan mahal. Ada masa kita kena berani untuk suai-padan sesuatu dan tampilkan kelainan yang selesa untuk diri masing-masing. Pilih baju atau seluar, jacket mahupun kasut yang memberi keselesaan kepada anda dan jangan terlalu membuta tuli mengikut nasihat orang lain. Andalah yang seharusnya pilih apa yang mahu dipakai, because you are the boss of your own self.

(^-^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...