Senyum meleretttt. Sebab apa? Bulan Jun dah nak dekat weyyyhh haha. Ada apa di bulan Jun? Chliche sangat soalan tu. Ouh btw kalau tidak tahu, birthday aku 10hb Jun. So, faham2 lah ye :)
Kebetulan pulak tahun ni anniversary Dato' Siti Nurhaliza sebagai penyanyi dalam industri hiburan buat kali ke-16 ke 17 tak ingat pulak. hehehe dan bulan July ni Siti ada konsert istimewa dengan Malaysian Philharmonic Orchestra dekat KLCC.
so bagai orang mengantuk disorongkan bantal, eh kena ke perumpamaan tuh? aherherher, aku pun berhempas pulas cuba dapatkan tiket jugak. Plan itu ini tak menjadi mula-mulanya. Entah berapa kali cancelled tak jadi beli. Tapi alhamdulillah, bila aku tetapkan hati malas fikir orang lain, aku pun call terus MPO mintak diorang reserve kan tiket. Aku amek yang last day punya, 7hb Julai. On the same day aku call tu dalam pagi, tengah hari waktu lunch hour aku amek peluang lariiiii pergi KLCC kejap pergi beli tiket terus. Procedure nya diorang akan reserve tiket tuh hanya untuk 3 hari, kalau kita tak buat payment diorang akan bukak balik seat tu untuk orang lain. So kenapa perlu aku tunggu lagi kan? Aku malas nak fikir orang itu tak nak pergi, orang ini tak jadi pergi, orang sana tak pasti lah pulakkkk so better aku teruskan je. Tak perlu pening fikir pasal orang lain, go on saja lah.
Tapi alhamdulillah ada juga kenalan yang pergi tarikh tu. So inshaAllah we are gonna meet up there even seat masing-masing berbeza. hahaha
Hoiii first time woiii. Dah lah minat Siti Nurhaliza dari zaman album Cindai tuh. hikhik. Bermakna ini pertama kali jugaklah untuk aku tengok Siti berdepan secara live n dengar dia menyanyi. Selama ni setiap hari dengar lagu dia dalam laptop, YouTube n hp je. Heh.
Harap-harap konsert kali ni jauh lagi best daripada Konsert Satu dekat Istana Budaya atau yang sebelumnya.
(^,^)
Rasanya tiket masih ada lagi tapi tinggal yang harga RM330 dan Rm420 kalau tak silap. Kalau berminat korang try check out MPO's website terus.
walau mahal tp berbaloi
ReplyDeleteharapnya lah ;)
Delete