Followers

Monday, August 22, 2016

Deras Dijangka Jinak


Kau ketawa kecil waktu aku bentangkan yang aneh bersama aku
Satu pun kau tidak percaya
Betapa degilnya insan yang satu ini
Lebih degil mengalahkan aku sendiri
Sudah diberi bola kristal melihat masa ke hadapan
Tapi masih mahu cuba menduga air yang tampak tenang
Sedangkan itu sungai yang penghujungnya hanya ada penamat berarus ke gaung dalam

Bagaimana sekarang?
Selepas berkali-kali lemas mencari nafas
Pastinya kau hanya mahu ke darat
Lari daripada deras air ganas yang kau tersalah duga boleh dijinakkan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...