Followers

Sunday, March 13, 2011

Review : World Invasion : Battle Los Angeles


Orait...kembali buat review untuk filem baru! (^.^)


Petang tadi, Izz tengok filem World Invasion : Battle Los Angeles dekat Jusco Bukit Tinggi..Mula-mula ada listed another two muvies Big Momma ngan Mars Needs Moms. But then pilih citer sci-fi nih.


Tema dia?? Penjajahan alien dekat bumi. Alasannya cukup senang, semata-mata untuk dapatkan air yang merangkumi hampir 75% permukaan bumi. In fact, diorang dapat some kind of energy daripada air jugak. Senang ko kan? Nak air je, jajah bumi..huhu


Kalo dulu dalam cerita lakonan Tom Cruise, War of The World, alien tak suke air sebab ala-ala alergik gitu kan.


Permulaan cerita dia agak lembab...macam biasalah kan..sampai Izz terlelap kejap dalam 5minit macam tuh..tapi tetibe terbangun sebab bunyi letup-letup..terus terbangun!! Haha...kesan bunyi dia sangatlah gempak!! Setiap scene yang melibatkan pertempuran dengan kapal-kapal n askar makhluk asing macam real giler! Kebabommm!!!~




Dalam pada duk cerita macam mana sekumpulan manusia yang jumlahnya makin mengecil nak survive daripada serangan alien, tak lupa jugak terselitnya nilai-nilai kasih sayang sesama manusia. Sangat tersentuh bila tengok seorang budak lelaki tengok bapa dia mati. Dat boy pun percayakan askar (watak utama) tu untuk bawak dia ke tempat selamat.


The survival of the characters sangat-sangat menarik!! Ko bayangkan macam mana diorang sanggup lari ke sana ke mari nak elakkan alien. Berbanding Sky Line, cerita ni jauh lebih best lah. Sebab last year tengok cerita tuh memang tak puas hati. 


Walaupun bagi Izz main plot dia sebenarnya mudah..askar-askar itu cuma nak bawak orang-orang awam ke tempat selamat. Itu je...




Kesan khas memang berkualiti. Rasa teruja bila tengok pusat kawalan alien tu meletop musnah. Rasa macam a part of the film itself! Haha. 


Walaupun masa awal filem agak susah nak ingat nama watak-watak dia sebab banyak sangat! 


Penamat filem ni pun memang tergantung sebenarnya. Lepas diorang berjaya musnahkan control center alien, tak ada penamat yang betul-betul menunjukkan penghabisan kepada penjajahan tuh. In fact, diorang juz tunjuk, naik helikopter/kapal terbang then head out untuk lawan saki-baki alien n rampas balik Los Angeles.....


4/5 bintang....

3 comments:

  1. wahhh..dah kluar ke?
    supposely bukan khamis ni ke?
    cant wait to watch!

    -Nazim-

    http://membebelbilaperlu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/03/review-battle-los-angeles.html

    review aku di sini....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...